Posted: 07 Mar 2010 10:40 AM PST
Percaya atau tidak kita sudah diprogramkan untuk mempercayai keajaiban ubatan kimia yang memberikan kesembuhan yang cepat. Ubatan herba tidak lagi mendapat tempat setelah kehebatan ubatan kimia yang sinonim dengan panggilan ubatan moden dan herba dikenali sebagai ubatan tradisional telah membantu melonjakkan lagi kepercayaan terhadap ubatan ini. Jadi masih ramai diantara kita yang mempunyai perasaan ragu-ragu dan seolah-oleh terpaksa apabila disyorkan ubatan ini. Maka secara automatik ubat herba yang diambil tidak berkesan apabila otak kita telah setkan bahawa ubat herba ini tidak dapat mengubati penyakit kita.
Tahukah anda jika anda stress atau tertekan, anda telah memusnahkan vitamin C yang ada dalam badan anda,kerana itulah orang yang stress akan kelihatan cepat tua. Bukan itu sahaja herba tidak dapat bertindak balas dengan baik kerana wujudnya tekanan-tekanan dalam diri. Kelenjar Adrinalin dalam tubuh akan mengeluarkan hormon kortisol yang akan meningkatkan tekanan darah dan kadar gula dalam darah dan menurunkan tindak balas imuniti(pertahanan)badan. Akibatnya berlaku malabsorption (tiada penyerapan) terhadap nutrien yang masuk ke dalam tubuh. Jadi sebarang herba yang masuk tidak dapat bertindak balas untuk memberikan manafaat kepada kita..
Herba gagal berfungsi tanpa air yang mencukupi dalam badan. Air seperti pelincir kepada badan kita. Ramai juga beranggapan pengambilan air mereka mencukupi kerana telah meminum air kopi radix,air kordial Rossele atau apa-apa air yang lain dalam kuantiti yang banyak sepanjang hari,sedangkan tubuh kita lebih banyak memerlukan air putih untuk membantu pergerakan nutrien dalam badan,pengawalan suhu badan,pencernaan dan semua aktiviti badan.
Seperti yang anda semua sedia maklum,herba bertindak balas agak lambat berbanding ubatan kimia. Proses pemulihan juga berlaku dengan lambat dan berperingkat. Kerana setiap penyakitan yang berlaku dalam badan kita juga terbentuk daripada satu proses yang lama contohnya sakit asthma,penyakit ini bermula dengan peradangan paru-paru hingga menghasilkan mucus yang banyak,pengecutan brokiol akhirnya mengganggu pernafasan hingga mencetuskan penyakit ini. Ia terbentuk dalam satu tempoh masa yang lama,jadi secara logiknya sistem penyembuhan juga mengambil masa yang lama. Inilah keistimewaan herba yang akan memulihkan hingga kepada punca penyakit bukan kepada simptomnya. Jadi, kesabaran dan istiqamah adalah sangat perlu bagi pengambil herba.
Ini merujuk kepada kaedah pengambilan herba yang salah ataupun pengambilan herba bersama ubat-ubatan lain boleh membentuk ikatan kimia yang tidak dapat diuraikan dan terus disingkirkan oleh tubuh. Perlu diingat bahawa herba mempunyai dinding solulose yang menyimpan khasiat herba,jadi untuk menguraikannya perlu melalui proses sinergi,rebusan dan lain-lain. Di dalam Perubatan Jawi kita memberikan teknik-teknik untuk untuk menggunakan herba dengan lebih berkesan,kerana itulah sangat penting bagi pengamal herba untuk mengetahui cara pengunaan herba yang betul. Contohnya, pengambilan shark cartilage tidak boleh diambil dengan herba yang lain kerana herba ini bersifat fat bonding dan akan menyingkirkan racun yang masuk ke badan termasuk herba yang masuk bersama.
Dos yang mencukupi akan memberikan isyarat kepada badan seperti peningkatan suhu badan dan sengal-sengal tubuh. Ini menunjukkan tindakbalas herba yang mencukupi dengan keperluan tubuh. Jika dos yang diambil tidak mencukupi,ia tidak akan memberi kesan kepada tubuh. Ukuran dos untuk pengambilan herba adalah berdasarkan berat badan 10kg bersamaan 1 gram herba (mengikut herba yang diambil).
Merokok adalah penghalang kepada keberkesanan herba di dalam badan anda. Herba tidak dapat memulihkan diri pesakit andai racun terus ‘dimasukkan’ke dalam badan. Bayangkan asap rokok sahaja mengandungi lebih 4000 jenis bahan kimia yang sangat merbahaya baik kepada perokok,mahupun penghidu(perokok pasif).