Emas Cotek merupakan warisan perubatan Melayu sejak dahulu. Emas Cotek atau nama botaninya adalah Ficus Deltoidea amat dikenali di Malaysia. Daunnya berwarna hijau di bahagian atas dan berwarna keemasan di bahagian bawah serta terdapat bintik hitam disetiap pangkal cabang urat daun ini. Ia memberikan pelbagai khasiat kepada tubuh badan manusia.
Daunnya mengandungi bahan Flavanoid yang bertindak sebagai anti oksidant dan anti inflamatori yang tinggi seperti pengawal aliran darah yang sihat, anti radang, anti virus, melindungi hati dan estrogenik. Di samping itu, air rebusan daun, buah, batang dan akar mengandungi Tannins yang bertindak sebagai penegang tisu yang lemah, mengeringkan lebihan air akibat cirit-birit dan melindungi tisu yang rosak akibat terbakar atau exzema.
Kandungan Triterpenoids seperti Expectorant dan penyerapan nutrien yg tinggi dari gabungan daun hingga ke akar Emas Cotek ini akan melancarkan penghadaman. Kandungan Phenois akan bertindak sebagai anti radang dan anti septik bagi pengamal yang mempunyai penyakit kulit. Kandungan Proanthocyanins akan melindungi tisu dan pengaliran darah pada jantung, tangan, kaki dan mata. Ini akan mengawal penyakit darah tinggi, paru-paru berair dan jantung.
Wednesday, March 19, 2008
Khasiat Mas Cotek - BM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment